Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Monday, August 31, 2009

Li-Li and her Mother-In- Law

A long time ago in China , a girl named Li-Li got married & went to live with her husband and mother-in-law. . In a very short time, Li-Li found that she couldn't get along with mother-in-law at all. Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law' s habits.

Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting. All the anger and unhappiness in the house was causing Li-Li's poor husband great distress.

Finally, Li-Li could not stand her mother-in-law' s any longer, and she decided to do something about it! Li-Li went to see her father's good friend, Mr. Huang, who sold herbs. She told him the situation and asked if he would give her some poison so that she could solve the problem once and for all.

Mr. Huang thought for a while, and finally said, 'Li-Li, I will help you solve your problem, but you must listen to me and obey what I tell you.' Li-Li said, 'Yes, Mr. Huang, I will do whatever you tell me to do. 'Mr. Huang went into the back room, and returned in a few minutes with a package of herbs. He told Li-Li, 'You can't use a quick-acting poison to get rid of your mother-in-law, because that would cause people to become suspicious.

Therefore, I have given you a number of herbs that will slowly build up poison in her body. Every other day prepare some delicious meal and put a little of these herbs in her serving. Now, in order to make sure that nobody suspect you, when she dies, you must be very careful to be actively friendly towards her. 'Don't argue with her, obey her every wish, and treat her like a queen.' Li-Li was so happy. She thanked Mr. Huang and hurried home to start her plot of murdering her mother-i! n-law.

Weeks went by, and months went by, and every other day, Li-Li served the specially treated food to her mother-in-law. She remembered what Mr. Huang had said about avoiding suspicion, so she controlled her temper, and treated her like her own mother..After six months had passed, the whole household had changed. Li-Li had practiced controlling her temper so much that she found that she almost never got mad or upset. She hadn't had an argument with her mother-in-law in six months because she now seemed much kinder and easier to get along with.

The mother-in-law' s attitude toward Li-Li changed, and she began to love Li-Li like her own daughter. She kept telling friends and relatives thatLi-Li was the best daughter-in- law one could ever find. Li-Li and her mother-in-law were now treating each other like a real mother and daughter.One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again She said, 'Dear Mr. Huang, please help me to keep the poison from killing my mother-in-law. She's changed into such a nice woman, and I love her like my own mother. I do not want her to die because of the poison I gave her.'

Mr. Huang smiled and nodded his head. 'Li-Li, there's nothing to worry about.. I never gave you any poison. The herbs I gave you were vitamins to improve her health. The only poison was in your mind and your attitude toward her, but that has been all washed away by the love which you gave to her.'

There is a wise Chinese saying: 'The person who loves others will also be loved in return..' God might be trying to work in another person's life through you.

After all you have got nothing to lose but a lot to gain. 'A candle loses nothing if it is used to light another one.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Assalamualaikum,


Cerita di atas Pak Ngah dapat daripada email yang anak Pak Ngah hantaq mai kat Pak Ngah. Bila Pak Ngah baca dan renung Pak Ngah rasa Pak Ngah nak berkongsi dengan semua pembaca akan moral cerita ni. Semoga kita semua beroleh kejayaan

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berposa kepada semua umat Islam

Assalamualaikum semua,
Pak Ngah dah lama tak berblog ni. La ni Pak Ngah sibuk sikit sebab tengah dok ambik padi, tak dan nak tulis blog.
Pak Ngah dan keluarga nak ambik kesempatan ni untuk mengucapkan selamat posa kepada semua umat Islam tak kira di mana jua berada. Pak Ngah juga nak minta maaf sekiranya dalam penulisan Pak Ngah di blog ni ada yang menyakitkan hati mana-mana pihak.
Sempena bulan yang mulia ni juga Pak Ngah menyeru kepada diri Pak Ngah sendiri dan juga pada pembaca semua agar kita dapat mengurangkan mengata kat orang lain, fitnah orang, aibkan orang lain. Manusia mana yang sempurna termasuk diri kita sendiri pun tak sempurna.
Mari lah kita sama-sama menginsafi diri sempena bulan Ramadhan yang mulia ini agar kita diberikan hidayah untuk menjadi insan yang lebih baik dan mulia di sisi Allah SWT.

Tuesday, August 4, 2009

DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT


RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Komen Pak Ngah :
Pak Ngah rasa bangga buah-buahan tempatan kita ni cukup tinggi khasiatnya. La ni mai kita pakat tanam Durian Belanda boleh buat ubat dan kita tak payah makan ubat yang ada dadah.
P/S : Takat tanam buah Durian Belanda ja la kita. Nak jadi Belanda Timur macam Ustaz Azizan MB Kedah kita dok war-warkan tu, entah bila lagi tak tau. Pak Ngah ni dan tengok ka tak dan tak tau lagi.

Ubat yang Bahaya...

Salam semua,
Pak Ngah dapat email daripada anak Pak Ngah pasai ubat bahaya ni. Pak Ngah pun tak berapa gheti sangat bab-bab ubat ni tapi Pak Ngah rasa mungkin maklumat ni berguna untuk kita semua.
Pak Ngah harap semua dapat tolong sebarkan maklumat ni dan pakat tengok-tengok la sama kat kotak ubat kot ada dadah yang nama disebut dibawah ni.
Re : Drug Recall(Original message sent by Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Gleneagles Hospital)
Dear all, Please take the time to send this message to your loved ones, family and friends. Print it out and put it up in your office for public reading!
URGENT!!! PLEASE READ CAREFULLY FOR THE SAKE OF YOUR CHILDREN AND OTHERS!
All drugs containing PHENYLPROPANOLAMINE are being recalled. You may want to try calling the 800 number listed on most drug boxes and inquire about a REFUND. Please read this CAREFULLY, as I know that some of you may USE some of these drugs (Alka Seltzer Plus for one). Also, please pass this on to everyone you know.
STOP TAKING anything containing this ingredient. It has been linked to increased hemorrhagic stroke (bleeding in brain) among women ages 18-49 in the three days after starting use of medication. Problems were not found in men, but the FDA recommended that everyone (even children) seek alternative medicine.
The following medications contain Phenylpropanolamine:
  1. Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements
  2. Acutrim Maximum Strength Appetite Control
  3. Alka-Seltzer Plus Children's Cold Medicine Effervescent
  4. Alka-Seltzer Plus Cold medicine (cherry or orange)
  5. Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
  6. Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
  7. Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
  8. Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
  9. Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
  10. BC Allergy Sinus Cold Powder
  11. BC Sinus Cold Powder
  12. Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
  13. Comtrex Flu Therapy & Fever Relief Day & Night
  14. Contac 12-Hour Cold Capsules
  15. Contac 12 Hour Caplets
  16. Coricidin D Cold, Flu & Sinus
  17. Dexatrim Caffeine Free
  18. Dexatrim Extended Duration
  19. Dexatrim Gelcaps
  20. Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
  21. Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets
  22. Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
  23. Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
  24. Dimetapp Elixir
  25. Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
  26. Dimetapp 4 Hour Tablets
  27. Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
  28. Naldecon DX Pediatric Drops
  29. Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion
  30. Triaminic DM Cough Relief
  31. Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
  32. Triaminic Syrup Cold & Allergy
  33. Triaminic Triaminicol Cold & Cough
I just found out and called the 800# on the container for Triaminic and they informed me that they are voluntarily recalling the following medicines because of a certain ingredient that is causing strokes and seizures in children:
  1. Orange 3D Cold & Allergy Cherry (Pink)
  2. 3D Cold & Cough Berry
  3. 3D Cough Relief Yellow
  4. 3D Expectorant
They are asking you to call them at 1800-548-3708 with the lot number on the box so they can send you postage for you to send it back to them, and they will also issue you a refund. If you know of anyone else with small children,
PLEASE PASS THIS ON. THIS IS SERIOUS STUFF. DO PASS ALONG TO ALL ON YOUR MAILING LIST so people are informed.
They can then pass it along to their families. To confirm these findings please take time to check the following URL:

Monday, August 3, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah. ..
AMIN.....

Thursday, July 30, 2009

BALAK “TIMPA” KERAJAAN PAS KEDAH

Kemarin dulu Pak Ngah dah tengok sendiri di tv pasai isu balak yang Pak Ngah dok baca di blog selama ni. Pak Ngah tengok TV1 lepas tu TV3 pulak, esoknya tu Pak Ngah baca pulak di paper Sinar.

Pak Ngah rasa terkilan jugak bila tengok berita macam ni. Kalau masa zaman BN perintah Kedah dulu ni Pak Ngah tak la terkilan sebab depa (orang UMNO) tak kata depa ulamak, depa tak buh ketayap di kepala tunjuk kata depa warak.

Pak Ngah rasa tak patut sungguh orang-orang PAS yang kata depa berjuang atas landasan agama tapi dalam masa yang sama dok cari habuan untuk kepentingan diri. Pak Ngah ada dengaq orang kata yang Che Had banyak tolong Ustaz Azizan, tapi tak kan la cara tu yang Che Had nak “kampoi” balik duit yang dia dah bawak keluaq tolong Ustaz Azizan. Tak kena lagu tu Pak Ngah rasa.

Pak Ngah dok “melenggung” sorang-sorang pikiaq pasai apa dan apa muslihat Che Had dan kawan-kawan dia yang sama-sama kerja di pejabat MB pakai syarikat yang berdaftar atas nama depa sendiri. Pak Ngah hairan sungguh-sungguh. Kalau kata nak pegawai-pegawai MB boleh meniaga pun jangan la “tanglak” sangat sampai pakai syarikat sendiri. Kalau nak tunjuk telus pun bukan macam tu caranya.

Walau macam mana pun bagi Pak Ngah isu balak ni dah mencalarkan imej Kerajaan PAS Kedah. Rakyat Kedah ramai yang terkejut dengan skandal balak ni. Ada Pak Ngah dengaq orang kata, “baru setahun lebih perintah dah pulun karau duit masuk poket sendiri. Bayangkan lah kalau lagi lama PAS perintah mau bankrap negeri”. Ada kawan Pak Ngah sorang ni ahli PAS, dia kata, “ kalau macam ni perangai orang atas-atas PAS baik bagi kat UMNO, kurang-kurang depa ambik depa bagi balik kat rakyat bawah. PAS ni duit kerajaan depa sapu lepas tu mai ceramah mintak pulak duit rakyat. Nak mai belanja minum kopi seringgit dua pun payah jauh lagi la nak bantu masa rakyat kena musibah”.

Di Negara kita ni sikap kebertanggungjawaban masih rendah lagi. Kalau skandal macam ni jadi di Jepun, Korea, Amerika ka, pegawai-pegawai tu letak jawatan dah. Di Malaysia ni tak dak hari la depa nak mengaku depa silap, lagi eksyen ada la, nu nak tunjuk kata depa tak salah.

Pak Ngah respek pegawai MB Selangor yang dikatakan terlibat dengan pemberian tender cuci kawasan kepada kawan dia kalau tak silap Pak Ngah, dia letak jawatan bila perkara ni jadi isu. MB Selangor pun tak lindung pegawai dia ni. PKR lagi baguih pulak dalam hal ketelusan ni. Patut MB Kedah pun lagu tu la, tepuk dada tanya selera, otak ada pikiaq. Kalau pegawai kita dah mencalarkan imej kita, imej parti, imej Islam elok nasihat depa letak jawatan.

Friday, July 24, 2009

Lihat cermin dan nilai kemampuan diri

Selamat bertemu kembali.
Hari ni Pak Ngah nak bagi sikit pandangan dan nasihat untuk Pak Ngah dan semua pembaca blog Pak Ngah ni. Bab kemampuan diri dan kebertanggungjawaban atas segala tindakan kita serta kesanggupan kita mengakui kelemahan diri kita.
Pak Ngah teringat Tok Wan Pak Ngah pesan dulu. Tok Wan Pak Ngah kata kita kena selalu nilai diri kita, dan bandingkan dengan kemampuan orang lain. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tapi supaya kita sedar dan tau di mana hendak letakkan diri kita. Bila kita selalu menilai diri kita maka kita akan sedar keupayaan dan setakat mana kemampuan kita. Kalau kita tidak mampu melakukan sesuatu kerja adalah lebih baik kita bagi orang yang lebih arif dalam kerja itu yang melakukannya. Kalau kita yang tidak arif dalam sesuatu kerja tetapi masih nak buat kerja tu maka kita akan melakukan banyak kesilapan dan kerosakan.
Zaman la ni Pak Ngah perati, ramai yang tak menilai kemampuan diri dan melakukan kerja yang mereka tidak mampu dan ini telah membawak kepada kegagalan dan kemudaratan. Pak Ngah nak bagi contoh sikit, kalau kita tak mampu nak mentadbir sesuatu negeri maka kita kena bagi kepada orang yang mampu urustadbir negeri dengan baik, orang yang mampu menjana ekonomi negeri bukannya menghabiskan kekayaan negeri. Kita tengok Kedah dan Selangor yang la ni ditadbir oleh Pakatan Rakyat dikatakan gagal mentadbir negeri dengan baik sehingga menyebabkan kewangan negeri semakin susut dan meruncing. Kalau ini benar berlaku maka ianya umpama melakukan kerosakan dan kemudaratan kepada negeri-negeri tersebut dan menganiaya rakyat negeri tersebut.
Rakyat perlukan kerajaan yang baik untuk memastikan kehidupan mereka menjadi lebih baik dengan pembangunan yang dibawak secara nyata dan bukan setakat pembangunan cakap politik saja.
Pak Ngah teringat Ustaz Azizan MB Kedah kata dia terkejut bila Pakatan Rakyat menang dalam PRU12 yang lepas, dia kata macam mimpi. Maknanya dia sendiri tak jangka dan yang pastinya dia sendiri tak bersedia untuk mengurustadbir negeri Kedah. Dia sendiri tak dak perancangan awal yang teratur dan teliti. Kalau lagu tu maknanya bila menang masuk opis dan pikiaq apa yang nak buat bukannya pikiaq bagaimana hendak melaksanakan perancangan awai yang sudah tersedia.
La ni bila Pak Ngah dengaq macam-macam cerita pasai Kerajaan PR negeri Kedah dan ketiadaan pembangunan untuk rakyat Kedah maka terbuktilah pesan Tok Wan Pak Ngah dulu.
Renung-renungkan....