Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Monday, June 29, 2009

Pas Kedah perlu tunai janji manifesto PRU 12

KETIKA Pas Kedah melancarkan manifesto pilihan raya khusus untuk negeri ini pada 24 Februari lalu, mungkin tidak ramai yang memandang serius isi kandungan buku setebal 17 muka surat itu.

Ini kerana ketika itu manifesto yang mengemukakan pakej tawaran ‘Kedah Sejahtera: Nikmat Untuk Semua’ hanya dilihat sebagai pelengkap syarat pada kempen pilihan raya Pas Kedah dalam usahanya menawan negeri jelapang padi ini.

Sehingga tarikh pembuangan undi Sabtu lalu, tiada siapa berani meramalkan Barisan Nasional (BN) akan tumbang di negeri ini. Bagaimanapun suasana berubah sekelip mata apabila keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan.

Pas menang 16 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan manakala rakan pakatannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat empat kerusi, DAP dan Bebas masing-masing satu kerusi sekali gus berjaya membentuk kerajaan baru apabila Barisan Nasional (BN) hanya memperolehi 14 kerusi.

Kemenangan itu juga menyebabkan manifesto Pas Kedah yang sebelum ini tidak mendapat perhatian tiba-tiba menjadi tumpuan termasuk daripada kalangan warga media. Semasa Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak mengadakan sidang akhbar pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru di Wisma Darul Aman kelmarin, beliau disoal bertalu-talu mengenai manifesto yang menggariskan 15 pakej tawaran itu.

Hampir semua soalan berkaitan manifesto tersebut menjurus kepada sejauh mana janji-janji tersebut akan dilaksanakan dan keupayaan kerajaan Pas Kedah menunaikannya. “Ada benda yang kita utamakan dan ada benda yang akan dilambatkan sikit. Kita akan ‘study’ dulu dan tengok mana satu akan diberi keutamaan untuk melaksanakannya,” kata Azizan.

Menurutnya, ia akan cuba dilaksanakan semaksimum mungkin dengan mengutamakan perkara-perkara yang penting untuk dilakukan dahulu. Ironinya, tumpuan yang diberikan kepada manifesto Pas Kedah itu menggambarkan bahawa kerajaan baru pimpinan Azizan kini mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menunaikan segala janji-janji pilihan raya tersebut. Segala yang terkandung dalam manifesto berkenaan perlu dilaksanakan bagi menepati janji yang telah ditabur kepada masyarakat selepas Pas berjaya membentuk kerajaan di Kedah.
Antara perkara menarik yang ditawarkan dalam manifesto tersebut ialah Pas Kedah mahu menjadikan negeri ini sebagai ‘Belanda Malaysia’, memotong elaun-elaun dan keistimewaan tidak munasabah yang dinikmati Menteri Besar dan barisan Exco serta meneruskan pemberian lesen premis menjual arak dan babi mengikut keperluan.

Selain itu, manifesto tersebut turut menawarkan pemberian cuti bersalin selama tiga bulan kepada kakitangan kerajaan tanpa mengehadkan bilangan anak dan cuti 14 hari untuk mereka yang kematian pasangan. Pas Kedah juga menawarkan akan memberi lebih banyak bantuan dan kemudahan kepada rakyat seperti memberi potongan antara 25 hingga 75 peratus daripada perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai tahun 2006; memberi subsidi air untuk masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar serta memperbanyakkan kemudahan tempat meletak kenderaan di bandar-bandar utama.

Justeru, sepanjang penggal pemerintahannya nanti, keupayaan Pas Kedah untuk melaksanakan 15 perkara pokok yang digariskan dalam manifesto tersebut juga akan dinilai, bukan sahaja oleh penduduk bahkan oleh BN yang kini menjadi pembangkang di negeri ini. Ini kerana janji yang dibuat itu bukan janji biasa, tetapi janji mengenai masa depan dan corak kehidupan penduduk di negeri ini yang tidak boleh dipertaruhkan.

Kata orang, janji perlu dikota dan kali ini tiba masanya kerajaan Pas Kedah menunaikan apa yang ditaburnya ketika kempen pilihan raya sepanjang penggal pemerintahannya nanti.
Oleh SHARIZA ABDULLAH (Utusan.com.my)
Pak Ngah dok perati tengok tak dak satu pun janji dalam manifesto tu yang telah dilaksanakan. Yang ada pun dok ulang kata nak jadikan Kedah macam Belanda, dok ulang hak tu hak tu saja sampai naik cemuih Pak Ngah dengaq. Janji nak belanja berhemah tapi dengaq kata exco-exco pakat pi jalan luaq negeri sampai sebulan 2 kali, kata nak potong elaun MB dengan exco tak potong pun tambah lagi ada katanya. Ni apa cerita ni cuba habaq mai sat. Dah dekat pilihanraya pulak dah satu apa pun tak nampak lagi di Kedah ni. Bab PR nak kalah ka nak menang ka masa PRU 13 nanti ni hak tu bab no. 2. Perkara yang penting la ni rakyat Kedah kena bagi sejahtera dulu sebab yang tu ada dalam manifesto PAS. Kalau tak buat Pak Ngah rasa tak patut la satni orang kata Kerajaan PAS tipu rakyat Kedah. ...Malu Pak Ngah kalau rakyat Kedah kata lagu tu sebab dulu Pak Ngah bersungguh-sungguh kempen bagi kat PR.

Thursday, June 25, 2009

Ulamak Jahat?

Pak Ngah nak kongsi sikit penulisan seorang hamba Allah yang Pak Ngah jumpa di satu forum di internet.

Rasulullah SAW di dalam beberapa hadisnya ada menyebut bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-Hadis sanggup mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil. Mereka itu adalah ulamak yang sesat dan menyeleweng.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?" Baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan." (Hadis Riwayat Jamaah).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad." (Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin memberi peringatan mengenai wujudnya ulama yang membinasakan dirinya sendiri tetapi ingin menyelamatkan orang lain. Ini bermaksud ulama jenis ini berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi secara diam-diam mereka sendiri mengejar kedudukan dan harta duniawi.

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: "mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?" Dia menjawab: "Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beberapa peringatan berkenaan menunjukkan wujudnya ulama yang tidak menepati ciri-ciri ulama. Apa yang penting ialah ilmu dan penghayatannya serta niat seseorang. Ulama yang berhati bersih, jujur, teguh pendiriannya dan mengutamakan Allah serta RasulNya tetap berpegang teguh pada prinsip dan amanah. Mereka memahami bahawa Allah melaknat mereka jika taraf ulama yang ada pada diri mereka diselewengkan.

Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua makhluk yang dapat melaknati mereka." (al-Baqarah-159)

Ulama yang menunjukkan sikap jujur, bersih dan ikhlas demi menegakkan kalimah Allah dan syiar Islam, mereka inilah yang termasuk dalam golongan yang disebut sebagai "Ulama warasatul anbiyaa".

Bagaimanapun, ulama yang mengingkari perjanjian dengan Allah serta mempunyai niat untuk kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ilmunya yang tinggi perlulah kembali ke pangkal jalan. Mereka perlu menghayati sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya." (Hadis Riwayat Dailami )

Pak Ngah harap mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulamak kenalah sentiasa menginsafi diri bagi mengelakkan mereka tergolong di kalangan Ulamak Jahat. Lebih-lebih lagi bagi ulamak yang terlibat dengan politik dan menjadi pemimpin sesebuah negeri. Jangan dok ingat nak himpun kekayaan sewaktu ada kuasa menjadi pemimpin sesuatu negeri kot nanti tersilap langkah. Biasalah bila dah jadi ahli politik ni kenalah bohong sikit-sikit walaupun tak banyak, kekadang tu terpengatruh juga dengan hasutan hawa nafsu yang ingin menjadi kaya. Jadikan lah Rasulullah SAW sebagai idola jangan kita terpedaya dengan hasutan iblis, syaitan dan hawa nafsu.

Allah hu’alam bissawab.

Friday, June 19, 2009

Sumpah Ezam : Anwar bukan muslim yang baik



Sumpah Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Malah Ezam juga dikatakan telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang Muslim yang baik dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apakah makna yang tersirat di sebalik sumpah Ezam ini? Apakah yang Ezam sembunyikan selama ini tentang Anwar? Apakah selama ini Ezam turut bersubahat menyembunyikan sesuatu yang kotor serta jijik tentang Anwar daripada pengetahuan seluruh rakyat?
“SAYA bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah S.A.W dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…” Deklarasi Ezam Mohd Nor.
Benar Ezam lebih mengerti serta memahami siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Ezam lebih dekat dengan kehidupan politik dan peribadi Anwar Ibrahim. Ezam lebih mengetahui bunga pencak silat politik Anwar malah wajah Anwar Ibrahim yang sedang di jaja merata-rata tempat hari ini akan ada wajah lain di sebaliknya pada kaca mata Ezam seandainya terdedah.Ezam yang sekian lama menjadi alas kaki Anwar dan akhirnya bangun bertaubat untuk membuktikan kepada khalayak betapa jijiknya Anwar sehingga beliau begitu berani melontarkan pandangan bahawa Anwar bukan seorang muslim yang baik.Adakah kenyataan Ezam ini ada rasionalnya kerana Anwar dengan imej serta perwatakan Islamnya sedang diterima hebat sebagi penyokong gerakan Islam sejati malah aura keperibadian Islamnya begitu sekali diagungkan oleh PAS sehingga mereka sanggup tunduk dan menjadi pencacai dalam gerakan Pakatan Palsu Rakyat.
Namun sumpah Ezam ini membuktikan ada sesuatu yang Ezam dan Anwar sembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Kejujuran Ezam untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya adalah dituntut sebelum Anwar melakukan sesuatu yang bakal merosakkan agama, bangsa dan Negara.Anwar yang sedang menggilai kerusi Perdana Menteri selepas Pak Lah perlu dihalang dengan apa cara sekalipun dan keberanian Ezam untuk mendedahkan `musang berbulu ayam’ ataupun ‘ musang berjanggut’ ini amat sekali dialu-alukan dan Ezam harus menunaikan sumpah itu dari sekarang kerana kelibat Anwar yang sedang menjajakan ranjang kotor landskap politik Negara makin menular.Kebencian rakyat terhadap Pak Lah tidak seharusnya dijadikan hamparan untuk menukar beliau dengan Pak Lah dan Anwar bukanlah satu-satunya pemimpin `Melayu’ yang diharapkan untuk menjamin kestabilan politik negara ini. Anwar ada sejarahnya tersendiri, Anwar ada keperibadian yang hanya beliau seorang sahaja yang tahu.Kita melihat Anwar seakan memimpin satu gerakan kepimpinan yang boleh menghancurkan Negara. Setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya hanyalah sekadar umpan mahu memancing sokongan untuk beliau berkuasa. Bahasa badan mampu meruntuhkan keyakinan khalayak kepada kerajaan dan rakyat terpesona dengan hujah pidatonya yang mungkin telah dihafal berlama-lama.Ezam sudah tidak mempunyai banyak masa untuk menunaikan sumpah tersebut. Ezam ada kemampuan untuk meyakinkan rakyat. Ezam ada kelebihan untuk memberitahu rakyat yang telah sekian lama terpesong ideologi kerana dirasuk oleh Anwar.Dosa Ezam terhadap UMNO dan rakyat akan terampun seandainya Ezam mula sedar betapa bahayanya Anwar kalau tidak dihalang dari sekarang dan Ezam harus dengan gagah mendedahkan segala-galanya tentang Anwar.Mendedahkan maksud Anwar bukan Muslim yang baik harus diperjelaskan oleh Ezam agar tidak ada rakyat terus terpesong dengan imej Islam yang sedang mewarnai Anwar hari ini. Kalau Ezam hanya sekadar melontarkan kenyataan semata-mata tanpa apa-apa yang membenarkan segala sumpah beliau tersebut, Ezam juga akan turut ditempelak sebagai seorang pemimpin retorik, sama seperti Anwar Ibarhim. Ezam di tuntut hari ini untuk menebus apa yang dilakukan sebelum ini agar orang seperti Anwar dapat dilihat oleh masyarakat dari sudut sebenarnya. Arca Islamik yang dipotretnya mampu memesongkan rakyat. Anwar juga hari ini kelihatan membelakangi orang Melayu hanya untuk mencapai cita-cita yang terbit dari dendam peribadi. Langkah Anwar mampu dipatahkan oleh seorang yang tahu, pernah berkorban untuk Anwar dan faham selok-belok mainan politik Anwar. Ini perlu dilaksanakan dengan segera agar Malaysia terselamat dari Anwar Ibrahim.
Contributed by TAMINSARI
Dipetik dari : MHI
Pak Ngah nak komen sikit ja...kita sebagai hamba Allah tak tahu akan perkara yang ghaib hanya Allah SWT yang tahu. Bagi Pak Ngah kalau Anwar Ibrahim ni bukan seorang Islam yang baik dan tidak baik bagi beliau menjadi seorang PM maka Allah pasti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku.
Allahu 'allam bissawab.

Azizan Razak : Babi Lebih Utama Dari Orang Kg. Tok Bidan.


Kerajaan PAS Negeri Kedah hari ini telah menunjukkan dasar kerajaan yang begitu "baik" sekali. Bersesuaian dengan slogan "Kedah Sejahtera", selaku Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dengan bangganya telah menandatangani surat kelulusan untuk MENANGGUHKAN tindakan pihak berkuasa tempatan supaya MEROBOHKAN PREMIS PENTERNAKAN BABI di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah.Syabas diucapkan kepada MB Kedah yang begitu "prihatin" dengan sensitiviti rakyat Kedah, khususnya penduduk Melayu beragama Islam di Kampung Berjaya. Penduduk Kampung Berjaya "amat berterima kasih" kepada "ihsan" Azizan Razak untuk memberi lebih masa kepada mereka untuk menghirup "udara segar" dari kandang babi berkenaan. Selain menguntungkan "tauke" babi berkenaan, tindakan YB Sg. Limau itu amat "bertepatan" sekali dengan laungan takbir "Allahu Akbar". Pujian juga harus diberikan kepada pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah kerana berjaya menangguhkan tindakan merobohkan "rumah" kepada haiwan yang ternyata memberi kesan bahaya kepada manusia baru-baru ini. Sesungguhnya virus influenza A H1N1 dan JE tidak akan dapat memberi apa-apa kesan kepada ralyat Kedah kerana mereka adalah "kebal" dari virus maut itu!Selain itu juga, jutaan tahniah kepada Azizan Razak kerana berbesar hati untuk TIDAK MENANGGUHKAN tindakan MEROBOHKAN RUMAH PENDUDUK KAMPUNG TOK BIDAN. Penduduk Kampung Tok Bidan "amat seronok" melihat rumah mereka dirobohkan sehingga mengalirkan "airmata" gembira! Mereka "memuji-muji" tindakan MB Kedah itu kerana "tidak sabar-sabar" untuk meruntuhkan kediaman mereka walaupun rayuan terhadap tindakan itu sudah dibuat. Syabas kepada Azizan kerana begitu prihatin dengan masalah rakyat yang berpendapatan rendah itu, kerana dia juga tahu bahawa penduduk Kampung Tok Bidan juga mengalami kesulitan untuk mendapat penempatan baru.Begitulah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang begitu komited dengan "kesejahteraan" BABI. Rumah babi haruslah ditangguhkan dari dirobohkan. Manakala rumah penduduk-penduduk Kampung Tok Bidan pula haruslah segera dirobohkan demi menyusahkan hidup mereka lagi. Begitulah dasar "Kedah Sejahtera" pimpinan Azizan Razak! Babi dijaga, penduduk kampung menderita! Eloklah selepas ini dirobohkan pula kampung-kampung di Sg. Limau dengan segera, dan digantikan dengan kandang-kandang babi! Sesungguhnya babi dan "tauke" babi amat mulia di sisi Azizan, berbanding rakyat Kedah yang dok undi dia dulu!Takbir! Allahu Akbar...Allah Maha Besar..Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya!


Apa dah jadi ni??? MB Kedah tolong jawab sat isu balak ni.

Hasil bumi Kedah (balak) dah ditelan masuk dlm perut sanggup sebuah syarikat milik Pegawai MB Kedah jolok kerongkong ambik balik…..

Salam Datuk Seri MB Kedah,

Mula-mula Pak Ngah nak mintak mahap sebab nak tanya pasai isu balak yang depa pakat dok bercerita la ni. Pak Ngah dengaq macam-macam dah ni kata penasihat ekonomi Datuk Seri dok bolot balak di Kedah ni. Pak Ngah cukup yakin cerita ni tak betoi tapi Pak Ngah heran jugak bila fakta yang depa tulis dalam blog tu cukup detail. Semua fakta ada, takkan benda tu depa boleh buat super impose kot?. Nombor syarikat pun ada, ni kemarin depa bawak keluaq pulak repot polis pasai isu balak ni. Pak Ngah terasa was-was jugak dengan keyakinan Pak Ngah yang awai tadi. Tergugat jugak kepercayaan Pak Ngah pada kerajaan PAS ni Datuk Seri.
Pak Ngah mintak sangat-sangat Datul Seri MB bagi penjelasan pasai isu balak ni. Kalau Datuk Seri tak dan sebab sibuk kerja Datuk Seri suruh la Enjineer Amirudin ka, Enjineer Fakrulrazi ka jawab sat (Jangan suruh Eksko Perempuan jawab dah la, dia bukannya tau pa satu). Selalu bila ada isu-isu semasa PAS buat ceramah untuk menjelaskan kepada rakyat pasai apa isu balak ni PAS tak buat penjelasan?. Nanti rakyat Kedah percaya benda ni betoi Datuk Seri, tu pasai kita kena jawab dengan segera.
Isu balak ni sensitif bagi rakyat Kedah sebab itu hasil bumi Kedah jangan sampai rakyat Kedah kata yang bukan-bukan pulak. Bukan tak tau mulut rakyat ni bukan boleh nak tutup baik orang PAS, orang PKR, orang DAP jauh sekali mulut puak UMNO. Pak Ngah ni Datuk Seri walaupun dok geram sebab kerajaan Kedah ni tak buat apa pembangunan lagi setakat ni untuk Kedah tapi sayang tu masih ada sikit lagi. Pak Ngah nak tengok PAS terus perintah Kedah lepas PRU 13 nanti ni. Takkan PAS nak perintah Kedah sepenggal saja kot.
Pak Ngah ingat la Datuk Seri, walaupun kalau duit balak tu disumbangkan kepada parti PAS sekalipun ianya masih tak kena masih tak betoi caranya. Duit hasil bumi Kedah ni u ntuk rakyat Kedah jadi nampak macam PAS curi hasil kekayaan Kedah untuk kepentingan parti PAS saja. Pak Ngah dengaq kata Datuk Seri banyak terhutang budi dengan penasihat Ekonomi Datuk Seri tu tapi takkan pulak nak balas budi dengan cara bagi balak kot kat dia. Balak tu bukannya hak Datuk Seri tapi hak negeri Kedah dan secara tak langsung hak rakyat Kedah. Rakyat Kedah tak kira apa parti atau apa bangsa berhak atas hasil bumi Kedah. Cari la cara lain nak balas budi Penasihat Datuk Seri tu. Saya dengaq penasihat vekonomi Datuk Seri tu nama Had, saya rasa macam kenai budak Had tu sebab dulu Pak Ngah rajin jugak dok pi beli tanah lelong di mahkamah dan pejabat tanah. Kalau tak silap Pak Ngah budak Had yang Pak Ngah kenai tu nampak baik sungguh, peramah dan tak sombong tapi pasai apa dia boleh buat keja macam tu? Pak Ngah harap jangan la duit membutakan mata dan hati orang-orang kita. Makan duit balak macam tu Pak Ngah rasa macam tak halai ja tambah lagi curi hak orang lain yang dah bok keluaq duit nak ambik balak tu. Kita sebagai orang Islam tak boleh buat gitu walaupun pihak yang satu lagi tu orang bukan Islam. Nanti depa tak hormat kita dan agama kita , nanti depa kata kita ni orang yang tak amanah. Jangan sampai ujian Allah SWT kepada kita dalam bentuk kuasa dan harta kekayaan membutakan hati kita. Kita ni memerintah atas ikhsan Allah SWT bukan atas kehebatan kita atau atas sokongan rakyat kepada kita semata-mata. Ingat tu Datuk Seri, Pak Ngah ni bukannya pandai bab ugama berbanding Datuk Seri tapi Nabi Muhammad SAW dah pesan supaya dengaq nasihat walaupun daripada seorang budak kecil. Kalau nasihat Pak Ngah ni boleh pakai la, kalau tak boleh pakai nasihat Pak Ngah yang kolot ni Datuk Seri buat tak peduli dah la. Pak Ngah hanyala hamba Allah yang daif dan serba kekurangan.
Cukup la dulu untuk kali ni. Pak Ngah nak tidoq dah ni. Satni kot Pak Ngah ada idea nak tulis atau Pak Ngah tidoq tak lena dok pikiaq bab balak ni Pak Ngah tulis pulak.

Assalamulaikum Datuk Seri. Jumpa lagi.

Islamkan Politik atau Politikkan Islam?


Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini? Bezanya adalah jika kita berusaha mengislamkan politik kita memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya. Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.
Sementara mempolitikkan Islam adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.
Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri. Dalam ertikata lain mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Sementara mempolitikkan Islam bererti menjadikan Islam sebagai alat atau alasan.
Maka sesiapa yang menjadikan Islam sebagai dasar atau panduan, maka dia akan bersedia menarik balik pandangan atau tindakan sekiranya dia dapati bercanggahan dengan ajaran Islam. Adapun yang menjadikan Islam sebagai alasan dan alat, dia menggunakan Islam bagi menghalalkan tindakan politiknya sekalipun ternyata salah.
Dia bukan hendak mendengar dalil atau hujah syarak yang kukuh untuk diamalkan, sebaliknya dia mencari orang agama atau pendapat yang sanggup menghalalkan tindakannya sekalipun dia tahu itu pendapat yang diberikan untuk menyokongnya itu lemah dan tidak kukuh. Ini sama dengan golongan taksub dan pengikut mazhab fekah secara membuta tuli dengan tidak memperdulikan alasan dan hujah yang kukuh.
Sehingga al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) mengkritik mereka ini dengan katanya:“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).
Usaha atau sikap, samada mengislamkan politik atau mempolitikkan Islam bukan semestinya berkaitan parti atau kumpulan tetapi lebih kepada sikap individu dalam kebanyakan hal. Jika salah satu sikap itu menjadi aliran utama dalam sesebuah parti atau kumpulan, maka itu mencerminkan kecenderungan mereka yang sebenar. Untuk berpegang dan istiqamah dengan prinsip Islam dalam mengharungi politik hari ini bukanlah mudah.
Namun, itulah yang patut dihayati oleh setiap kita. Dalam sejarah pertembungan Nabi Musa a.s dengan Fira’un, Fir’aun pernah mempertikaikan tindakan Musa a.s. memukul seorang warga Qibti sebelum beliau lari ke Madyan. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)
“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).
Inilah rasul, dia mengajar kita prinsip. Dalam suasana yang sengit, Nabi Musa tetap mengakui bahawa tindakannya memukul warga qibti itu satu kesalahan dan bukan tindakan yang berdasarkan petunjuk yang betul. Nabi Musa tidak cuba menghalalkan tindakannya demi kepentingannya, tidak sama sekali! Yang salah tetap salah.Nabi Musa a.s. menghadapi kuasa politik yang maha besar di zamannya bahkan paling bersejarah dalam tamadun manusia. Lebih besar dari segala perjuangan hari ini. Pun begitu, prinsip tetap prinsip. Baginda bertindak memastikan manusia menurut wahyu, bukan wahyu diputarbelitkan untuk kehendak manusia.
Dalam politik kita, amat sukar kita dapati seseorang mengakui kesilapan tindakan partinya, atau tindakannya. Berbagai alasan akan dicari demi membela dirinya atau puaknya, sekalipun dia sendiri sedar itu merupakan kesilapan atau kesalahan. Ada sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka jadilah apa yang jadi. Maka kita lihat lahir suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadang kala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.
Islam bukan terlalu mengongkong politik. Politik satu bidang yang luas yang membabitkan kemaslahatan umat dan rakyat. Politik bukan satu hobi seperti main golf atau bola sepak. Politik mempertaruhkan kemaslahatan manusia. Maka tindakan dalam politik hendaklah tindakan yang membawa kemaslahatan kepada umat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri dan parti.
Kemudian, perlu kita ingat, bukan semua yang berada di medan jihad itu mesti masuk syurga. Walaupun mungkin tindakannya itu kadang kala menguntungkan umat Islam, namun empunya diri jika tidak betul niat atau tindakan, atau keduanya, maka dia mungkin tidak mendapat balasan yang baik di sisi Allah sekalipun berjuang menggunakan nama Islam. Bahkan dalam hadis ada individu yang kelihatan hebat berjuang, tetapi menjadi ahli neraka.Kata Abu Hurairah r.a:
“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap yang berjuang agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakannya hendak bertanya diri sendiri, apakah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa dengan nama agama?. Jika dia telah betulkan niatnya, dia hendaklah memastikan tindakan selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita!

Dipetik dari Blog Minda Tajdid Dr. Maza (Bekas Mufti Perlis)
Disiarkan pada May 31, 2009
Dipetik dari http://www.bumiyang.blogspot.com/
Link: http://drmaza.com/home/?p=619

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat negeri Kedah...
Tujuan Pak Ngah buat blog ni sebab Pak Ngah dah terlalu geram kat PAS yang perintah Kedah la ni. Dulu Pak Ngah ingat depa ni boleh mentadbir dengan baik mengikut cara Islam rupa-rupanya depa ni lebih teruk dari masa BN perintah dulu. Pak Ngah menyesal bagi undi kat Pakatan Rakyat masa PRU 12 yang lepas. Kalau dengaq dari apa yang depa cakap dan janji-janji masa pilihanraya dulu naik meremang bulu roma Pak Ngah. Dalam hati Pak Ngah masa tu dok kata,"Inilah kerajaan yang terbaik untuk Kedah". Pak Ngah silap, Pak Ngah memang silap dan Pak Ngah mintak mahap banyak-banyak kat rakyat Kedah sebab sokong Pakatan Rakyat masa PRU 12 dulu.
Lepas setahun PAS perintah Kedah maka terkeluaqla kaler yang sebenaqnya orang PAS ni. Masa Pak Ngah dok pi dengaq ceramah PAS, Pak Ngah ingat depa ni orang pandai-pandai dan cerdik-cerdik rupa-rupanya bila bagi depa perintah Kedah baru Pak Ngah tau yang depa ni cakap saja pandai tapi nak buat keja tak tau. Pak Ngah ingat lagi setahun bankrap Kedah dengan cara depa perintah la ni. Pak Ngah ni walaupun dok di kampung tapi Pak Ngah dok pasang telinga juga dengaq orang-orang dok cerita di kedai kopi, Pak Ngah juga baca surat khabar termasuk la harakah, warta darul aman dan macam=macam lagi la. Bukannya Pak Ngah ni minat membaca tapi Pak Ngah teruja nak tengok pembangunan yang dibuat oleh PAS di Kedah.
Mula-mula dulu Pak Ngah seronok bila dengaq ada banyak pelaburan nak masuk mai Kedah dari ikan patin, lumut sampai la ke hidrokaben di Yan. Tunggu punya tunggu sampai ke la ni tak nampak pun perkembangannya. Pak Ngah ingat ikan Patin yang Enjineer Amiruddin bela di tasik Pedu tu dah jadi besaq-besaq anak gajah dah apa la ni. Lumut yang Enjiner Fakrulrazi bawak balik mai nak tanam dalam sawah padi Pak Ngah ingat dah penuh bertimbun-timbun dalam petak padi bila lagi nak buat biodiesel? Pak Ngah pi Sg Limau nak tengok tapak hidrokaben (kot satni anak Pak Ngah dapat keja di situ senang Pak Ngah nak petua jalan) tu dia punya la luas sayup mata memandang sampai Pak Ngah tak nampak apa-apa.
Bila Pak Ngah dengaq Menteri Besaq Kedah kata dia akan tender balak dengan baik tanpa ada urusan bawah kaunter kembang lubang hidung Pak Ngah akan kejujuran dan ketelusan Datuk Azizan. Pak Ngah kata kali ni Kedah akan jadi makin kaya dengan bertambahnya hasil kutipan pembayaran tender yang diterima untuk beli kayu balak Kedah. Bagi Pak Ngah orang macam Datuk Azizan la yang patut perintah Kedah dari lepas merdeka dulu. Tup-tup Pak Ngah dengaq pakat dok cerita kata penasihat Datuk Azizan dok bolot kayu balak pulak dah. Pak Ngah dok pikiaq sorang-sorang, penasihat dia bolot ka penasihat dia jadi proksi dia dan penasihat dapat 20%. Entah la Pak Ngah pun tak tau la cuma Pak Ngah harap sangat jangan la Datuk Azizan buat keja lagu tu nanti kot orang kata munapik pulak cakap lain buat lagu lain.
La ni Pak Ngah dok risau bila dengaq orang dok cerita duit Kerajaan Kedah makin susut. Kalau sungguh Pak Ngah minta Kerajaan Kedah la ni pakat cari la jalan cari duit bagi kat negeri Kedah jangan sampai Kedah bankrap. Rakyat Kedah dok harap nak tumpang sejahtera takut satni tumpang bala pulak.
Cukup la dulu kali ni Pak Ngah menulis lenguh dah tangan lenguh dah pinggang. Ada umoq panjang nanti Pak Ngah tulis lagi.