Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Friday, June 19, 2009

Apa dah jadi ni??? MB Kedah tolong jawab sat isu balak ni.

Hasil bumi Kedah (balak) dah ditelan masuk dlm perut sanggup sebuah syarikat milik Pegawai MB Kedah jolok kerongkong ambik balik…..

Salam Datuk Seri MB Kedah,

Mula-mula Pak Ngah nak mintak mahap sebab nak tanya pasai isu balak yang depa pakat dok bercerita la ni. Pak Ngah dengaq macam-macam dah ni kata penasihat ekonomi Datuk Seri dok bolot balak di Kedah ni. Pak Ngah cukup yakin cerita ni tak betoi tapi Pak Ngah heran jugak bila fakta yang depa tulis dalam blog tu cukup detail. Semua fakta ada, takkan benda tu depa boleh buat super impose kot?. Nombor syarikat pun ada, ni kemarin depa bawak keluaq pulak repot polis pasai isu balak ni. Pak Ngah terasa was-was jugak dengan keyakinan Pak Ngah yang awai tadi. Tergugat jugak kepercayaan Pak Ngah pada kerajaan PAS ni Datuk Seri.
Pak Ngah mintak sangat-sangat Datul Seri MB bagi penjelasan pasai isu balak ni. Kalau Datuk Seri tak dan sebab sibuk kerja Datuk Seri suruh la Enjineer Amirudin ka, Enjineer Fakrulrazi ka jawab sat (Jangan suruh Eksko Perempuan jawab dah la, dia bukannya tau pa satu). Selalu bila ada isu-isu semasa PAS buat ceramah untuk menjelaskan kepada rakyat pasai apa isu balak ni PAS tak buat penjelasan?. Nanti rakyat Kedah percaya benda ni betoi Datuk Seri, tu pasai kita kena jawab dengan segera.
Isu balak ni sensitif bagi rakyat Kedah sebab itu hasil bumi Kedah jangan sampai rakyat Kedah kata yang bukan-bukan pulak. Bukan tak tau mulut rakyat ni bukan boleh nak tutup baik orang PAS, orang PKR, orang DAP jauh sekali mulut puak UMNO. Pak Ngah ni Datuk Seri walaupun dok geram sebab kerajaan Kedah ni tak buat apa pembangunan lagi setakat ni untuk Kedah tapi sayang tu masih ada sikit lagi. Pak Ngah nak tengok PAS terus perintah Kedah lepas PRU 13 nanti ni. Takkan PAS nak perintah Kedah sepenggal saja kot.
Pak Ngah ingat la Datuk Seri, walaupun kalau duit balak tu disumbangkan kepada parti PAS sekalipun ianya masih tak kena masih tak betoi caranya. Duit hasil bumi Kedah ni u ntuk rakyat Kedah jadi nampak macam PAS curi hasil kekayaan Kedah untuk kepentingan parti PAS saja. Pak Ngah dengaq kata Datuk Seri banyak terhutang budi dengan penasihat Ekonomi Datuk Seri tu tapi takkan pulak nak balas budi dengan cara bagi balak kot kat dia. Balak tu bukannya hak Datuk Seri tapi hak negeri Kedah dan secara tak langsung hak rakyat Kedah. Rakyat Kedah tak kira apa parti atau apa bangsa berhak atas hasil bumi Kedah. Cari la cara lain nak balas budi Penasihat Datuk Seri tu. Saya dengaq penasihat vekonomi Datuk Seri tu nama Had, saya rasa macam kenai budak Had tu sebab dulu Pak Ngah rajin jugak dok pi beli tanah lelong di mahkamah dan pejabat tanah. Kalau tak silap Pak Ngah budak Had yang Pak Ngah kenai tu nampak baik sungguh, peramah dan tak sombong tapi pasai apa dia boleh buat keja macam tu? Pak Ngah harap jangan la duit membutakan mata dan hati orang-orang kita. Makan duit balak macam tu Pak Ngah rasa macam tak halai ja tambah lagi curi hak orang lain yang dah bok keluaq duit nak ambik balak tu. Kita sebagai orang Islam tak boleh buat gitu walaupun pihak yang satu lagi tu orang bukan Islam. Nanti depa tak hormat kita dan agama kita , nanti depa kata kita ni orang yang tak amanah. Jangan sampai ujian Allah SWT kepada kita dalam bentuk kuasa dan harta kekayaan membutakan hati kita. Kita ni memerintah atas ikhsan Allah SWT bukan atas kehebatan kita atau atas sokongan rakyat kepada kita semata-mata. Ingat tu Datuk Seri, Pak Ngah ni bukannya pandai bab ugama berbanding Datuk Seri tapi Nabi Muhammad SAW dah pesan supaya dengaq nasihat walaupun daripada seorang budak kecil. Kalau nasihat Pak Ngah ni boleh pakai la, kalau tak boleh pakai nasihat Pak Ngah yang kolot ni Datuk Seri buat tak peduli dah la. Pak Ngah hanyala hamba Allah yang daif dan serba kekurangan.
Cukup la dulu untuk kali ni. Pak Ngah nak tidoq dah ni. Satni kot Pak Ngah ada idea nak tulis atau Pak Ngah tidoq tak lena dok pikiaq bab balak ni Pak Ngah tulis pulak.

Assalamulaikum Datuk Seri. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.