Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Friday, June 19, 2009

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat negeri Kedah...
Tujuan Pak Ngah buat blog ni sebab Pak Ngah dah terlalu geram kat PAS yang perintah Kedah la ni. Dulu Pak Ngah ingat depa ni boleh mentadbir dengan baik mengikut cara Islam rupa-rupanya depa ni lebih teruk dari masa BN perintah dulu. Pak Ngah menyesal bagi undi kat Pakatan Rakyat masa PRU 12 yang lepas. Kalau dengaq dari apa yang depa cakap dan janji-janji masa pilihanraya dulu naik meremang bulu roma Pak Ngah. Dalam hati Pak Ngah masa tu dok kata,"Inilah kerajaan yang terbaik untuk Kedah". Pak Ngah silap, Pak Ngah memang silap dan Pak Ngah mintak mahap banyak-banyak kat rakyat Kedah sebab sokong Pakatan Rakyat masa PRU 12 dulu.
Lepas setahun PAS perintah Kedah maka terkeluaqla kaler yang sebenaqnya orang PAS ni. Masa Pak Ngah dok pi dengaq ceramah PAS, Pak Ngah ingat depa ni orang pandai-pandai dan cerdik-cerdik rupa-rupanya bila bagi depa perintah Kedah baru Pak Ngah tau yang depa ni cakap saja pandai tapi nak buat keja tak tau. Pak Ngah ingat lagi setahun bankrap Kedah dengan cara depa perintah la ni. Pak Ngah ni walaupun dok di kampung tapi Pak Ngah dok pasang telinga juga dengaq orang-orang dok cerita di kedai kopi, Pak Ngah juga baca surat khabar termasuk la harakah, warta darul aman dan macam=macam lagi la. Bukannya Pak Ngah ni minat membaca tapi Pak Ngah teruja nak tengok pembangunan yang dibuat oleh PAS di Kedah.
Mula-mula dulu Pak Ngah seronok bila dengaq ada banyak pelaburan nak masuk mai Kedah dari ikan patin, lumut sampai la ke hidrokaben di Yan. Tunggu punya tunggu sampai ke la ni tak nampak pun perkembangannya. Pak Ngah ingat ikan Patin yang Enjineer Amiruddin bela di tasik Pedu tu dah jadi besaq-besaq anak gajah dah apa la ni. Lumut yang Enjiner Fakrulrazi bawak balik mai nak tanam dalam sawah padi Pak Ngah ingat dah penuh bertimbun-timbun dalam petak padi bila lagi nak buat biodiesel? Pak Ngah pi Sg Limau nak tengok tapak hidrokaben (kot satni anak Pak Ngah dapat keja di situ senang Pak Ngah nak petua jalan) tu dia punya la luas sayup mata memandang sampai Pak Ngah tak nampak apa-apa.
Bila Pak Ngah dengaq Menteri Besaq Kedah kata dia akan tender balak dengan baik tanpa ada urusan bawah kaunter kembang lubang hidung Pak Ngah akan kejujuran dan ketelusan Datuk Azizan. Pak Ngah kata kali ni Kedah akan jadi makin kaya dengan bertambahnya hasil kutipan pembayaran tender yang diterima untuk beli kayu balak Kedah. Bagi Pak Ngah orang macam Datuk Azizan la yang patut perintah Kedah dari lepas merdeka dulu. Tup-tup Pak Ngah dengaq pakat dok cerita kata penasihat Datuk Azizan dok bolot kayu balak pulak dah. Pak Ngah dok pikiaq sorang-sorang, penasihat dia bolot ka penasihat dia jadi proksi dia dan penasihat dapat 20%. Entah la Pak Ngah pun tak tau la cuma Pak Ngah harap sangat jangan la Datuk Azizan buat keja lagu tu nanti kot orang kata munapik pulak cakap lain buat lagu lain.
La ni Pak Ngah dok risau bila dengaq orang dok cerita duit Kerajaan Kedah makin susut. Kalau sungguh Pak Ngah minta Kerajaan Kedah la ni pakat cari la jalan cari duit bagi kat negeri Kedah jangan sampai Kedah bankrap. Rakyat Kedah dok harap nak tumpang sejahtera takut satni tumpang bala pulak.
Cukup la dulu kali ni Pak Ngah menulis lenguh dah tangan lenguh dah pinggang. Ada umoq panjang nanti Pak Ngah tulis lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.