Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Wednesday, July 1, 2009

Apa cerita di Langkawi ni?

Pak Ngah terbaca cerita pasai Langkawi dalam akhbar Sinar Harian kemarin kalau tak silap Pak Ngah. Cerita pasai di Pantai Chenang Langkawi ada iklan arak pulak la ni. Pak Ngah termenung sorang-sorang pikiaq pasai benda ni. Pak Ngah terpikiaq apa nak jadi dengan negeri Pak Ngah ni.

Kawan Pak Ngah yang dok di Langkawi ada bagitau Pak Ngah kata di Langkawi ada mini Hatyai. Perempuan Siam ada China ada. Dia kata la ni Langkawi bukan macam dulu dah. La ni Langkawi macam-macam ada.

Dulu Pak Ngah dengaq kata ramai budak-budak Melayu Langkawi terlibat dengan minuman keras. Pak Ngah nak kata apa pun tak tau dah. Dulu masa BN perintah Kedah Pak Ngah selalu kutuk depa sebab tak peduli maksiat di Kedah, la ni PAS perintah Kedah maksiat dok macam tu jugak. Pak Ngah rasa tak seronok la bila PAS yang bersungguh-sungguh berjanji untuk berjuang memertabatkan Islam tapi tak buat sungguh-sungguh bab banteras maksiat ni. Susah sangat ka?

Kalau ada orang PAS yang baca bloq Pak Ngah ni harap tolong sampaikan la kat datok azizan kata Pak Ngah tak puashati Kerajaan Negeri Kedah tak ambik tindakan banteras maksiat di Langkawi. Ramai kawan-kawan Pak Ngah ahli PAS batat pun tak seronok dengan datok azizan ni. Depa kata datok azizan ni lembab tak bersungguh dan tak tau buat kerja.

Pak Ngah minta mahap la kalau silap tapi bagi Pak Ngah kemajuan negeri mesti seimbang dengan moral dan akhlak. Jangan kita nak negeri maju sampai kita abaikan hal moral dan akhlak.

Allahu'alam Bissawab.

1 comment:

  1. Nak habaq mai, org Pas pun dah naik meluat dgn perangai Ustad ni.. Dia duk perasan serupa tu lah. Peronghoih nak mampuih. Kena kat dia saja. Nak pi tegoq pun tak guna.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.