Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Thursday, July 30, 2009

BALAK “TIMPA” KERAJAAN PAS KEDAH

Kemarin dulu Pak Ngah dah tengok sendiri di tv pasai isu balak yang Pak Ngah dok baca di blog selama ni. Pak Ngah tengok TV1 lepas tu TV3 pulak, esoknya tu Pak Ngah baca pulak di paper Sinar.

Pak Ngah rasa terkilan jugak bila tengok berita macam ni. Kalau masa zaman BN perintah Kedah dulu ni Pak Ngah tak la terkilan sebab depa (orang UMNO) tak kata depa ulamak, depa tak buh ketayap di kepala tunjuk kata depa warak.

Pak Ngah rasa tak patut sungguh orang-orang PAS yang kata depa berjuang atas landasan agama tapi dalam masa yang sama dok cari habuan untuk kepentingan diri. Pak Ngah ada dengaq orang kata yang Che Had banyak tolong Ustaz Azizan, tapi tak kan la cara tu yang Che Had nak “kampoi” balik duit yang dia dah bawak keluaq tolong Ustaz Azizan. Tak kena lagu tu Pak Ngah rasa.

Pak Ngah dok “melenggung” sorang-sorang pikiaq pasai apa dan apa muslihat Che Had dan kawan-kawan dia yang sama-sama kerja di pejabat MB pakai syarikat yang berdaftar atas nama depa sendiri. Pak Ngah hairan sungguh-sungguh. Kalau kata nak pegawai-pegawai MB boleh meniaga pun jangan la “tanglak” sangat sampai pakai syarikat sendiri. Kalau nak tunjuk telus pun bukan macam tu caranya.

Walau macam mana pun bagi Pak Ngah isu balak ni dah mencalarkan imej Kerajaan PAS Kedah. Rakyat Kedah ramai yang terkejut dengan skandal balak ni. Ada Pak Ngah dengaq orang kata, “baru setahun lebih perintah dah pulun karau duit masuk poket sendiri. Bayangkan lah kalau lagi lama PAS perintah mau bankrap negeri”. Ada kawan Pak Ngah sorang ni ahli PAS, dia kata, “ kalau macam ni perangai orang atas-atas PAS baik bagi kat UMNO, kurang-kurang depa ambik depa bagi balik kat rakyat bawah. PAS ni duit kerajaan depa sapu lepas tu mai ceramah mintak pulak duit rakyat. Nak mai belanja minum kopi seringgit dua pun payah jauh lagi la nak bantu masa rakyat kena musibah”.

Di Negara kita ni sikap kebertanggungjawaban masih rendah lagi. Kalau skandal macam ni jadi di Jepun, Korea, Amerika ka, pegawai-pegawai tu letak jawatan dah. Di Malaysia ni tak dak hari la depa nak mengaku depa silap, lagi eksyen ada la, nu nak tunjuk kata depa tak salah.

Pak Ngah respek pegawai MB Selangor yang dikatakan terlibat dengan pemberian tender cuci kawasan kepada kawan dia kalau tak silap Pak Ngah, dia letak jawatan bila perkara ni jadi isu. MB Selangor pun tak lindung pegawai dia ni. PKR lagi baguih pulak dalam hal ketelusan ni. Patut MB Kedah pun lagu tu la, tepuk dada tanya selera, otak ada pikiaq. Kalau pegawai kita dah mencalarkan imej kita, imej parti, imej Islam elok nasihat depa letak jawatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.