Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Friday, July 24, 2009

Lihat cermin dan nilai kemampuan diri

Selamat bertemu kembali.
Hari ni Pak Ngah nak bagi sikit pandangan dan nasihat untuk Pak Ngah dan semua pembaca blog Pak Ngah ni. Bab kemampuan diri dan kebertanggungjawaban atas segala tindakan kita serta kesanggupan kita mengakui kelemahan diri kita.
Pak Ngah teringat Tok Wan Pak Ngah pesan dulu. Tok Wan Pak Ngah kata kita kena selalu nilai diri kita, dan bandingkan dengan kemampuan orang lain. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tapi supaya kita sedar dan tau di mana hendak letakkan diri kita. Bila kita selalu menilai diri kita maka kita akan sedar keupayaan dan setakat mana kemampuan kita. Kalau kita tidak mampu melakukan sesuatu kerja adalah lebih baik kita bagi orang yang lebih arif dalam kerja itu yang melakukannya. Kalau kita yang tidak arif dalam sesuatu kerja tetapi masih nak buat kerja tu maka kita akan melakukan banyak kesilapan dan kerosakan.
Zaman la ni Pak Ngah perati, ramai yang tak menilai kemampuan diri dan melakukan kerja yang mereka tidak mampu dan ini telah membawak kepada kegagalan dan kemudaratan. Pak Ngah nak bagi contoh sikit, kalau kita tak mampu nak mentadbir sesuatu negeri maka kita kena bagi kepada orang yang mampu urustadbir negeri dengan baik, orang yang mampu menjana ekonomi negeri bukannya menghabiskan kekayaan negeri. Kita tengok Kedah dan Selangor yang la ni ditadbir oleh Pakatan Rakyat dikatakan gagal mentadbir negeri dengan baik sehingga menyebabkan kewangan negeri semakin susut dan meruncing. Kalau ini benar berlaku maka ianya umpama melakukan kerosakan dan kemudaratan kepada negeri-negeri tersebut dan menganiaya rakyat negeri tersebut.
Rakyat perlukan kerajaan yang baik untuk memastikan kehidupan mereka menjadi lebih baik dengan pembangunan yang dibawak secara nyata dan bukan setakat pembangunan cakap politik saja.
Pak Ngah teringat Ustaz Azizan MB Kedah kata dia terkejut bila Pakatan Rakyat menang dalam PRU12 yang lepas, dia kata macam mimpi. Maknanya dia sendiri tak jangka dan yang pastinya dia sendiri tak bersedia untuk mengurustadbir negeri Kedah. Dia sendiri tak dak perancangan awal yang teratur dan teliti. Kalau lagu tu maknanya bila menang masuk opis dan pikiaq apa yang nak buat bukannya pikiaq bagaimana hendak melaksanakan perancangan awai yang sudah tersedia.
La ni bila Pak Ngah dengaq macam-macam cerita pasai Kerajaan PR negeri Kedah dan ketiadaan pembangunan untuk rakyat Kedah maka terbuktilah pesan Tok Wan Pak Ngah dulu.
Renung-renungkan....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.