Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Sunday, July 19, 2009

Pelaburan RM37 billion di Kedah?

Pak Ngah terbaca berita Kerajaan Negeri Kedah buat memorandum persefahaman dengan Merapoh untuk bina hub penapisan minyak yang membawak pelaburan sebanyak Rm37 billion ke Kedah.
Tapi bila Pak Ngah pi ke kedai kopi dekat rumah Pak Ngah kemarin Pak Ngah dengaq ada orang kata yang MB pi sain tu baru memorandum persefahaman bukan perjanjian lagi. Pak Ngah tak berapa paham sangat bab tu, Pak Ngah ingat benda tu dah kira perjanjian dah.
Pak Ngah pun pasang telinga tumpang dengaq puak tu dok bersembang. Apa yang Pak Ngah dengaq depa kata memorandum persefahaman ni bukan ada hak undang-undang lagi, macam orang masuk merisik dan bagi cincin belah rotan bukan tentu jadi lagi dan kalau putus pun sapa pun tak boleh saman. Macam tu la yang Pak Ngah paham.
Kalau macam tu Pak Ngah rasa tak boleh bagi tahniah lagi kat Kerajaan Kedah Ustaz Azizan ni. Tambah lagi la ni zaman kegawatan ekonomi macam-macam boleh jadi. Kalau benda tu tak jadi pun tak dak sapa boleh kata apa. Yang Pak Ngah heran pasai apa nak kena buat memorandum persefahaman, awat yang tak buat perjanjian terus? kalau buat perjanjian terus bukan ka senang, kerja pun dah boleh jalan cepat, Kedah pun boleh dapat duit cepat.
Cuma satu ja la Pak Ngah harap jangan la memorandum ni buat semata-mata untuk jadi modai PRU 13 saja. Mai tang sungguh tak jadi pun. Teringat macam Shahidan Kasim dok buat dulu. Jangan la berpolitik sampai rakyat Kedah di permainkan. Rakyat Kedah la cerdik dah, kecoh rakyat Kedah mai PRU 13 ni lingkup habis Pakatan Rakyat. Nak buat biaq betoi-betoi. Bagi rakyat tumpang senang.
Pak Ngah dok dengaq jugak pakat dok sembang kata duit Kerajaan Kedah dah makin kurang, awat yang jadi lagu tu?. Tak kan samapai tak dak hasil masuk masa Kerajaan Pakatan Rakyat perintah ni?. Pelik Pak Ngah dengaq. Dalam Ustaz Azizan dok kata berjimat pun duit makin kurang, duit pi ke mana, belanja buat apa?. Ustaz Azizan kata nak potong elaun eksko, dah buat dah ka?.
Pak Ngah ni bukannya pandai tapi Pak Ngah nak bagi satu pandangan, perintah negeri atau negara bukan benda main-main , benda ni amanah Allah SWT, kena pastikan kebajikan setiap rakyat terjaga dan yang paling utama rakyat yang miskin dan susah. Jangan seronok berpolitik sampai rakyat terabai.
Pak Ngah harap Kerajaan Pakatan Rakyat dapat bagi yang terbaik kepada rakyat Kedah, jangan sembang ja pandai tapi buat kerja tak tau, dok harap beras bekal orang lama ja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.