Apa yang Pak Ngah Tulis...

Powered by Blogger Widgets

Friday, July 3, 2009

Siapa orang yang Bankrap (Muflis)

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kamu siapakah orang yg muflis itu?.
"Sahabat menjawab :
"Org yg muflis dikalangan kami ialah sesaorang yg tidak memiliki dirham (wang) dan harta". Lalu Nabi SAW. bersabda: "Sebenarnya org yg muflis daripada kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala Sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (sewaktu didunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh sifulan, memakan harta sifulan, menumpah darah sifulan dan pernah memukul sifulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teaniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniya. Ia akan di beri pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang teraniaya itu lalu dibebankan kpd org tersebut, maka selanjutnya dicampak ke dalam api neraka".".
- Diriwayat Muslim (Ruj. Kitab 40 Hadith Penawar Hati)
Hari ni Pak Ngah masukkan Hadis di atas untuk renungan kita semua. Pak Ngah harap kita semua dapat menginsafi diri kita masing-masing dan kita perbaiki diri kita. Orang -orang yang mengucap dua kalimah shahadah tidak sepatutnya berpecah belah dan bermusuhan antara satu sama lain. Biar apa pun alasannya orang Melayu yang beragama Islam perlu mengekalkan hubungan silaturrahim dan ukhwah muslim yang kukuh.
Bagi Pak Ngah yang kurang ilmu ni Pak Ngah rasa biaq apa pun alasannya orang Melayu beragama Islam tak boleh berkelai, sekiranya ada masalah pakat-pakat duduk bincang elok-elok. Yang Pak Ngah tau kita ni sesama Islam kalau tak cakap lebih daripada 3 hari pun dah berdosa inikan pulak berbulan atau bertahun tak bertegur sapa. Naghuzubillah hi min zaalik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.